Monday, January 15

Info Tambahan pasal Sister's Cupcakes

Dalam banyak2 bercerita pasal cupcakes, ada byk orang yang tanyakan sama soalan....so adalah baiknya soalan itu di-blogkan di sini , then everyone boleh baca........


Soalan: Berapa lama kek2 ni boleh tahan? Kalau tak simpan frigde?
Sister's Cupcakes: Kek yang ditempah semuanya dibuat fresh. Katakan anda nak ambil hari ni petang jam 5 petang, kek2 yang anda tempah akan dibakar pada awal pagi atau malam sebelumnya (bergantung kepada kuantiti pesanan), bila sejuk baru akan di hias indahnya.
Semua cupcakes hanya dihias apabila sejuk sahaja untuk mengelakkan kek rosak seperti basi atau berkulat.
So kalau simpan out of fridge, anda boleh simpan selama 4-5 hari- dengan suhu kering sederhana, kalau dalam fridge boleh tahan sampai 6 hari. Sister's Cupcakes akan inform 'Best Before' pada setiap tempahan untuk kemudahan anda dengan menggunakan 'sticker'.

Soalan: Ada penghantaran tak? Tak ada masa lah nak pergi ambil? Tempat Sisters Cupcakes jauh dari tempat saya?
Sisters Cupcakes: Ada free delivery for cupcakes order lebih dari 100 biji, atau penghantaran kener bayar sikit kosnya kalau kurang dr 100 biji. Tapi kos bergantung pada tempatnya, selalunya sekitar Lembah Kelang n KL Town, Shah Alam, we charged RM10 (termasuk tol). Kalau anda tak pasti sila hubungi dahulu atau pertanyaan semasa membuat pesanan.

Soalan: HALAL ker Sister's Cupcakes ni?
Sisters Cupcakes: InsyaAllah HALAL. Semua bahan yang digunakan diteliti dan ianya sah jaminan HALAL. Bersih and fresh home bake.

Soalan: Bayaran macam mana? Boleh bank-in?
Sister's Cupcakes: Bayaran adalah TUNAI/CASH, semasa menerima kek atau melalui bank-in service. Tapi, bagi pesanan melebihi RM 85.00, sila jelaskan 40% deposit tunai atau melalui bank-in. Sila maklumkan kepada Sister's Cupcakes setelah membuat bayaran deposit.

Soalan: Boleh bincang tak kalau nak design and sendiri punya special project? Harga?
Sister's Cupcakes: BOLEH. Dialu-alukan. Harga akan juga turut dibincangkan.

Soalan: Saya tinggal di Alor Setar, boleh buat pesanan dan minta hantarkan pada kawan di Petaling Jaya, boleh ker?
Sister's Cupcakes: BOLEH. Apa yang patut anda lakukan just call atau email untuk tempahan. bagi details tempahan then ke mana nak hantar. Paling penting buat bayaran on-line (bank-in) service, then segala urusan akan selesai seperti anda mahu. Kami akan maklumkan pada anda bila cupcakes sudah sampai kepada penerima. MUDAH saja.



Harap2 dengan info ni akan membuat semua lebih dekat dengan Sister's Cupcakes ..tapi kalau ada soalan yang lain yang barangkali masih menjadi questionmarks, sila contact atau email ke :
sisterscupcakes@gmail.com.

No comments: